Iklan

Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Tuesday, October 5, 2010

Suspek Utama Kes Sosilawati Buat Laporan Polis


KUALA LUMPUR: Suspek utama dan adik lelakinya yang ditahan polis sejak 11 Sept berhubung dakwaan kaitan mereka dengan pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, membuat laporan polis di balai polis Teluk Panglima Garang semalam.

Polis Ambil Keterangan Ahli Parlimen Kapar

KLANG: Polis hari ini mengambil keterangan Anggota Parlimen Kapar S. Manikavasagam bagi membantu siasatan mengenai kehilangan ahli perniagaan, S. Anpalagan, sejak Ogos tahun lepas. Seorang anggota polis berpangkat inspektor dari Balai Polis Bukit Sentosa, Rawang, dilihat memasuki pejabat Anggota Parlimen itu di Kapar di sini pada 12.45 tengah hari tadi dan beredar 45 minit kemudian.

Tuesday, September 28, 2010

Peguam Negara Bimbang Siasatan Kes Sosilawati Diperbesar-besarkan


PUTRAJAYA: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini melahirkan kebimbangan berhubung kemungkinan siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, akan diperbesar-besarkan.

Beliau berkata terdapat banyak kenyataan yang dibuat pelbagai pihak dalam kes itu, dan media sepatutnya melaporkan hanya fakta tanpa sebarang penambahan kerana ia mungkin menjejaskan kes berkenaan. "Saya fikir ikut sahaja nasihat KPN (Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar). Bertenanglah dan biarkan kami lakukan tugas kami.

Wednesday, September 22, 2010

Pemandu Teksi Bunuh Syafiah Humaira Dihukum Mati


Mohd Fazli Azri (tengah) dibawa ke lokap mahkamah selepas tamat prosiding

SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil menerima 'hadiah ulang tahun kelahiran' paling memilukan apabila dia dihukum gantung sampai mati kerana didapati bersalah membunuh kanak-kanak, Syafiah Humaira Sahari pada Februari lalu. Ironinya, hukuman yang dijatuhkan Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Wira Mokhtarudin Baki pada Rabu, serentak dengan ulang tahun kelahiran ke-28 Mohd Fazli Azri yang merupakan teman lelaki ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, 25, seorang bekas pelayan kelab malam.

Tuesday, September 21, 2010

Gelang Emas Milik Sosilawati Sudah Ditemui?


22 SEPT 2010: Jika ditanya pada Murai Batu apakah isu dalam negara yang paling hangat sekali? Sudah tentulah kes yang melibatkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawatyi Lawiya dan 3 kenalannya yang lain. Setiap hari sejak kes ini mula mendapat liputan media pada 6 September lalu, bermacam kisah telah dipaparkan di ruang akhbar atau kita dengar melalui berita di kaca televisyen.

Kertas Siasatan Kes Sosilawati Diserah Kepada Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain telah diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada Selasa. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengesahkan perkara itu turut memberi jaminan bahawa laporan lengkap kes pembunuhan itu akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu lagi. "Saya memang rasakan pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) sudah lakukan dengan cukup baik. Kerana dalam masa singkat bukan sahaja dapat kenalpasti tetapi juga menahan suspek. "Saya juga dimaklumkan oleh Datuk Seri Bakri Zinin (Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman) bahawa kertas siasatan sudah diserah kepada Peguam Negara hari ini," katanya.

Sunday, September 19, 2010

Pengasas Kosmetik Aveer Bunuh Diri Kerana Masalah Keluarga

BUKIT MERTAJAM: Kematian pengasas Kosmetik Aveer, Sarina Jaafar, yang ditemui mati tergantung dalam bilik tidur utama rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam, tiada kaitan dengan kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh secara kejam bersama tiga individu lain baru-baru ini.
Anak saudara mangsa, Naimah Said, 32, berkata Sarina, 45, dipercayai membunuh diri akibat tekanan perasaan yang dialaminya sejak beberapa bulan lepas dan wanita itu juga pernah cuba membunuh diri dengan menggelar pergelangan tangan.