Iklan

Thursday, September 30, 2010

Samy Vellu Undur Sebagai Presiden MIC Pada Januari Depan


KUALA LUMPUR: Datuk Seri S.Samy Vellu, salah seorang pemimpin parti paling lama berkhidmat di negara ini, mengumumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatan Presiden MIC pada Januari depan. Tokoh politik berusia 74 tahun, kelahiran Kluang, Johor, itu berkata timbalannya Senator Datuk G. Palanivel akan mengambil alih jawatan tersebut.

Tuesday, September 28, 2010

Larangan Meminta-minta Mati

Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.” Riwayat Bukhari dan Muslim 

Peguam Negara Bimbang Siasatan Kes Sosilawati Diperbesar-besarkan


PUTRAJAYA: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini melahirkan kebimbangan berhubung kemungkinan siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, akan diperbesar-besarkan.

Beliau berkata terdapat banyak kenyataan yang dibuat pelbagai pihak dalam kes itu, dan media sepatutnya melaporkan hanya fakta tanpa sebarang penambahan kerana ia mungkin menjejaskan kes berkenaan. "Saya fikir ikut sahaja nasihat KPN (Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar). Bertenanglah dan biarkan kami lakukan tugas kami.

Wednesday, September 22, 2010

Wasitoh berunsur syirik

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

 Beramal semata-mata kerana Allah SWT, itulah yang dituntut.
- Gambar hiasan
PADA minggu ini kita akan membincangkan tentang perbuatan mengambil perantara ataupun orang tengah dalam hubungan dengan Allah. Perkataan yang sering digunakan untuk isu ini ialah wasitoh (juga dieja wasitah). Ramai orang salah faham dalam memahami maksud sebenar wasitoh. Mereka menjatuhkan hukum secara sembarangan bahawa semua wasitoh itu membawa kesyirikan dan sesiapa yang menggunakan wasitoh dengan apa jua cara sekalipun, maka dia telah melakukan kesyirikan terhadap Allah. 

Sejarah Yahudi di Madinah

Susunan SITI AINIZA KAMSARI
SEJARAH memberikan kita fakta bahawa Nabi Muhammad SAW, satu-satunya pemimpin yang berjaya menyatupadukan masyarakat majmuk antara kaum Arab dan Yahudi di Madinah. Namun tugas itu sebenarnya bukan satu kisah kejayaan yang dicipta dalam masa sehari atau sebulan tetapi sepanjang masa. Baginda sentiasa berusaha untuk menyatupadukan kedua-dua kaum itu supaya dapat hidup bersama dalam sebuah negara dan ia sangat sukar untuk dilakukan kerana setiap kaum itu mempunyai pelbagai kerenah dan tabiat-tabiat yang sukar untuk dikikis demi untuk hidup bersatu.

Cek RM4 bilion: Kelantan Senarai Hitam l’DA World

KOTA BARU: Kerajaan Kelantan menyenaraihitamkan sebuah syarikat yang didakwa mempunyai niat tertentu terhadap negeri itu berikutan pengumuman sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri atau parti juga tidak pernah melantik Nik Din Nik Mat, yang juga adiknya mewakili beliau menerima replica cek berjumlah RM4 bilion pada majlis makan malam baru-baru ini.

Pemandu Teksi Bunuh Syafiah Humaira Dihukum Mati


Mohd Fazli Azri (tengah) dibawa ke lokap mahkamah selepas tamat prosiding

SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil menerima 'hadiah ulang tahun kelahiran' paling memilukan apabila dia dihukum gantung sampai mati kerana didapati bersalah membunuh kanak-kanak, Syafiah Humaira Sahari pada Februari lalu. Ironinya, hukuman yang dijatuhkan Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Wira Mokhtarudin Baki pada Rabu, serentak dengan ulang tahun kelahiran ke-28 Mohd Fazli Azri yang merupakan teman lelaki ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, 25, seorang bekas pelayan kelab malam.

Tuesday, September 21, 2010

Gelang Emas Milik Sosilawati Sudah Ditemui?


22 SEPT 2010: Jika ditanya pada Murai Batu apakah isu dalam negara yang paling hangat sekali? Sudah tentulah kes yang melibatkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawatyi Lawiya dan 3 kenalannya yang lain. Setiap hari sejak kes ini mula mendapat liputan media pada 6 September lalu, bermacam kisah telah dipaparkan di ruang akhbar atau kita dengar melalui berita di kaca televisyen.

AC Mizal Sahkan Terima Gelaran Datuk

AC Mizal
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara AC Mizal mengesahkan menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk daripada Sultan Pahang. Bekas pengacara Akademi Fantasia itu mengakui telah menerima surat penganugerahan tersebut pada awal Ramadan lalu dan bakal menerima secara rasmi gelaran berkenaan mengikut adat istiadat istana pada akhir tahun ini.
 

Adik Nik Aziz Akui Terima Replika Cek Atas Sifat Peribadi

KOTA BARU: Adik Menteri Besar Kelantan, mengesahkan beliau menerima replika cek bernilai RM4 bilion dari sebuah syarikat Bumiputera, I'Da World Group Sdn Bhd, bagi membantu PAS Kelantan atas sifat peribadi dan bukan mewakili parti atau Kerajaan Kelantan.

Nik Din Nik Mat berkata beliau terpaksa berbuat demikian kerana tiada wakil kerajaan negeri atau Exco yang tampil mewakili Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik untuk menerima replika cek itu di suatu majlis di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Kertas Siasatan Kes Sosilawati Diserah Kepada Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain telah diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada Selasa. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengesahkan perkara itu turut memberi jaminan bahawa laporan lengkap kes pembunuhan itu akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu lagi. "Saya memang rasakan pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) sudah lakukan dengan cukup baik. Kerana dalam masa singkat bukan sahaja dapat kenalpasti tetapi juga menahan suspek. "Saya juga dimaklumkan oleh Datuk Seri Bakri Zinin (Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman) bahawa kertas siasatan sudah diserah kepada Peguam Negara hari ini," katanya.

Sunday, September 19, 2010

Pengasas Kosmetik Aveer Bunuh Diri Kerana Masalah Keluarga

BUKIT MERTAJAM: Kematian pengasas Kosmetik Aveer, Sarina Jaafar, yang ditemui mati tergantung dalam bilik tidur utama rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam, tiada kaitan dengan kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh secara kejam bersama tiga individu lain baru-baru ini.
Anak saudara mangsa, Naimah Said, 32, berkata Sarina, 45, dipercayai membunuh diri akibat tekanan perasaan yang dialaminya sejak beberapa bulan lepas dan wanita itu juga pernah cuba membunuh diri dengan menggelar pergelangan tangan.

5 Remaja Hamil Akan Daftar Masuk Sekolah Harapan Mulai Hari Ini

JASIN: Seramai lima remaja yang sedang hamil akan menjadi pelajar kumpulan pertama yang mendaftar masuk ke Sekolah Harapan di Jalan Pegawai di sini yang ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada golongan berkenaan.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah tersebut berkata remaja berkenaan yang berusia antara 16 dan 17 tahun akan ditemani keluarga masing-masing ketika mendaftar.

Saturday, September 11, 2010

West Ham 1 - 3 Chelsea

Michael Essien scored twice to underline his importance to Chelsea
By Sam Sheringham:
Chelsea kept up their impeccable start to the season, hardly breaking sweat as they brushed aside a West Ham side who remain rock bottom of the table.
Michael Essien put the Blues in front inside two minutes with a free header.
And the second goal arrived in bizarre fashion as Matthew Upson's clearance struck Salomon Kalou's heel and ballooned into the net.
Essien rose above Tal Ben Haim to add a late third, before Scott Parker lobbed Petr Cech from the edge of the box.

Jolie kutuk cadangan bakar al-Quran

ANGELINA JOLIE bercakap pada sidang akhbar di Islamabad, Pakistan semalam
ISLAMABAD - Pelakon terkenal, Angelina Jolie semalam mengutuk tindakan sebuah gereja di Florida, Amerika Syarikat (AS) yang mengancam untuk membakar sejumlah kitab suci al-Quran pada ulang tahun kesembilan serangan 11 September 2001 yang dilakukan oleh pengganas.
Aktres berusia 35 tahun itu yang kini popular dengan filem Salt menyuarakan pendapatnya itu semasa melakukan lawatan ke Pakistan untuk meningkatkan kesedaran mengenai banjir yang melanda negara tersebut.