22 SEPT 2010: Jika ditanya pada Murai Batu apakah isu dalam negara yang paling hangat sekali? Sudah tentulah kes yang melibatkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawatyi Lawiya dan 3 kenalannya yang lain. Setiap hari sejak kes ini mula mendapat liputan media pada 6 September lalu, bermacam kisah telah dipaparkan di ruang akhbar atau kita dengar melalui berita di kaca televisyen.
Terbaru, pihak polis telah menemui sebentuk gelang emas, dipercayai milik Sosilawati dalam tali air berdekatan kunci Sungai Lang, Banting, petang semalam. Gelang itu ditemui kira-kira jam 4 petang hasil pencarian tiga anggota unit menyelam Pasukan Gerakan Marin. Polis pada mulanya membawa suspek utama yang juga seorang peguam ke lokasi terbabit untuk mencari telefon bimbit milik Sosilawati. Bagaimanapun selepas hampir dua jam menyelam, telefon itu gagal dikesan sebaliknya penyelam menemui satu gelang emas yang diselaputi lumpur.Aduh, kalau betullah itu gelang milik mangsa, maknanya sedikit demi sedikit perkara terungkai tentang kehilangan mangsa sejak 30 Ogos lalu. Dari kehilangan kepada kes pembunuhan dan sekarang siasatan untuk mencari bahan bukti. Macam mana agaknya perasaan ahli keluarga Sosilawati dan 3 kenalan dia yang lain tu. Mesti sedih dan tertekan, sudah la tak dapat beraya bersama.
Murai Batu harap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan pesalah dapat di bawa ke muka pengadilan. Bukan apa, bagi Murai Batu, semakin lama kes ini berlarutan, semakin tertekanlah ahli keluarga si mangsa. Kita yang tengok ini pun dah merasa bebanannya. Sama-samalah kita doakan ahli keluarga mangsa dapat menerima keadaan dengan tabah.
(www.murai.com.my)
No comments:
Post a Comment